Pengenalpastian Protein Sepunya antara Narkolepsi dan Sindrom Metabolik
Identification of Shared Proteins between Narcolepsy and Metabolic Syndrome
Keywords:
Narkolepsi, sindrom metabolik, protein sepunya, Narkolepso, metabolic syndrome, common protein, protein-protein interactionAbstract
Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti hubung kait antara narkolepsi dan sindrom metabolik. Narkolepsi adalah gangguan neurologi kronik yang menggangu keupayaan otak mengawal kitaran tidur dan bangun. Manakala sindrom metabolik merujuk kepada keadaan kronik yang mengganggu metabolisme dan pengawalan nutrien dalam badan disebabkan oleh keabnormalan pelbagai tapak jalan metabolik dan tindak balas imun. Walaupun kajian terdahulu yang mengaitkan narkolepsi dengan sindrom metabolik melalui HLA dan orexin, namun tiada bukti jelas yang boleh digunakan untuk memahami keadaan ini dengan lebih mendalam. Maka kajian ini telah dilakukan mengenalpasti protein sepunya antara narkolepsi dan sindrom metabolik serta interaksi yang wujud antara kedua penyakit ini. Hasil kajian ini telah berjaya mengenalpasti 17 protein berkaitan narkolepsi dan 14 protein berkaitan sindrom metabolik dan autoimun. Jaringan interaksi protein-protein telah dilakukan ke atas set data ini, dan didapati lapan protein sepunya antara narkolepsi dan sindrom metabolik telah dikenalpasti iaitu HLA-DQA1, HLA-DQB1, HLA-DRB1, TNFSF4, MOG, PTPN22, PTPN11 dan ITGAM. Kajian ini menunjukkan bahawa analisis interaksi protein-protein berupaya mengenalpasti protein sepunya yang berfungsi dalam dua penyakit yang berbeza.
This study is conducted to identify the relationship between Ankylosing Spondylitis and metabolic syndrome. Narcolepsy is a chronic neurological disorder that disturbs brain’s ability to control sleep cycle. Whilst metabolic syndrome refers to the chronic metabolic disturbance and nutrient control due to various abnormalities on the metabolic pathways and immune responses. Even though there was a previous study on the relationship between AS and metabolic syndrome through the identification of HLA and orexin, but it is insufficient to understand this interaction in detail. From this study, 17 proteins related to narcolepsy and 14 proteins related to metabolic syndrome and autoimmune have been successfully identified. Protein-protein interaction analysis has been conducted and eight shared proteins have been identified, i.e. HLA-DQA1, HLA-DQB1, HLA-DRB1, TNFSF4, MOG, PTPN22, PTPN11 dan ITGAM. This study demonstrates the ability of PPI analysis to identify shared proteins that are functional in two different diseases.