Pemencilan Nematoda dari Tanah Tanaman Limau Kasturi dan Kesan Nematoda Sebagai Entomopatogen bagi Afid Toxoptera Citricidus
Isolation of Nematodes from Calamansi Lime Plant Soil and the Effect of Entomopathogenic Nematodes for Aphid (Toxoptera Citricida)
Keywords:
Afid, biologi, entomopatogen, Kaplan Meier, nematoda, Aphid, biology, entomopathogenAbstract
Serangga perosak afid Toxoptera citricidus merupakan serangga perosak utama yang paling banyak dijumpai di kawasan tanaman pokok limau kasturi Citrus microcarpa organik, Taman Botani Bangi (TBB) UKM. T. citricidus menjejaskan kawasan pucuk meristem dan permukaan daun serta menyebabkan jangkitan virus dan kulat kepada pokok limau kasturi ini. Pihak pengurusan TBB UKM mengeluarkan hasil tanaman limau kasturi organik, bagi mengekalkan keadaan ini kawalan secara biologi sedia ada di lapangan amat perlu diutamakan. Oleh itu, objektif pertama kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti agen kawalan biologi berpotensi iaitu nematoda entomopatogen yang terdapat di tanah tanaman limau kasturi tersebut. Objektif kedua pula untuk menguji kesan koleksi nematoda entomapatogen Makmal Entomologi Gunaan (MEG) ke atas T. citricidus di makmal. Pensampelan tanah telah dilakukan di 10 lokasi berdekatan pokok limau kasturi TBB UKM. Hasil pemencilan menunjukkan 20% sampel tanah positif terhadap kehadiran nematoda entomopatogen ini. Tiga spesies nematoda koleksi MEG; Steinernema feltiae, Heterorhabditis indica, dan nematoda Pulau Redang (NPR1) bermula dari kepekatan 50ij, 100ij, 150ij, 200ij, 250ij, dan 300ij telah digunakan. Analisa Kaplan Meier dan analisa uji log pangkat telah digunakan bagi melihat perbezaan antara kepekatan ij dan melihat kepekatan yang dapat meningkatkan kadar kematian serangga perosak dengan pantas. Kesan kepekatan nematoda yang tinggi bagi S. feltiae dan H. indica iaitu 300ij hanya memerlukan masa 6 jam sahaja untuk menurunkan kadar kelangsungan hidup T. citricidus kepada 0.5. Kesimpulannya, nematoda entomopatogen ini merupakan organisma yang boleh dijumpai di mana-mana habitat termasuk tanah tanaman pokok limau kasturi di TBB. Kebolehan nematoda entomopatogen menjangkiti serangga T. citricidus menunjukkan potensinya sebagai agen kawalan biologi terhadap serangga perosak T. citricidus.
The aphid Toxoptera citricidus is the main pest found in the area of citrus plant Citrus microcarpa at Taman Botani Bangi (TBB) UKM. Aphids infest the shoot meristem and leaf surface, causing viral and fungal infections in these plants. TBB UKM produces organic citrus fruits with minimal use of chemical insecticides for pest control application. To sustain this practice, this study explores biological control using entomopathogenic nematodes. The first objective is to identify potential biological control agents of entomopathogenic nematodes in the soil at TBB, UKM. The second objective is to test the efficiency of three species of entomopathogenic nematodes from the Applied Entomology Laboratory MEG collection which are Steinernema feltiae, Heterorhabditis indica, and nematode from Pulau Redang NPR 1, on aphids in the lab. Soil sampling was done at 10 locations near the calamansi plant area at TBB UKM. Isolation results showed 20% of soil samples were positive for entomopathogenic nematodes. Three nematode species from the MEG collection, at concentrations of 50ij, 100ij, 150ij, 200ij, 250ij, and 300ij, were tested on aphids. Kaplan-Meier analysis and log-rank tests were used to evaluate the differences between concentrations and identify the most effective concentration for increasing pest mortality. The highest nematode concentration of S. feltiae and H. indica of 300ij reduced the survival rate of aphids to 0.5 in just 6 hours. Entomopathogenic nematodes, can be found in various habitats including the soil of citrus trees at TBB. In conclusion, entomopathogenic nematodes are able to kill aphid pests, showing its ability to become successful biological control agents.