Actinidiaceae dari Taman Negara Pahang
Actinidiaceae from Taman Negara Pahang
Keywords:
Actinidiaceae, hutan tanah rendah, Saurauia nudiflora, lowland dipterocarp forestAbstract
Kertas ini melaporkan spesies-spesies daripada famili Actinidaceae yang dikutip sekitar Taman Negara Pahang. Data kajian adalah berdasarkan spesimen-spesimen yang tersimpan di Herbarium Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (KEP). Sebanyak dua spesies daripada satu genus (Saurauia) telah direkodkan iaitu S. nudiflora dan S. pentapetala. Hanya lapan kutipan sampel yang telah dibuat iaitu tiga bagi S. nudiflora dan lima bagi S. pentapetala. Tiada rekod kutipan yang terbaru dari kawasan ini di mana rekod kesemua kutipan adalah pada penghujung tahun 1960an hingga pertengahan tahun 1970an. Hasil kajian membantu dalam menyumbang data kepada senarai semak tumbuhan berbiji di sekitar kawasan ini.
This paper reports the species from the family Actinidaceae collected around Taman Negara Pahang. The study data is based on specimens stored at the Herbarium of the Forest Research Institute Malaysia (KEP). Two species from a single genus (Saurauia) were recorded: S. nudiflora and S. pentapetala. Only eight sample collections were made, with three for S. nudiflora and five for S. pentapetala. There have been no recent records of collections from this area, with all recorded collections dating from the late 1960s to the mid-1970s. The results of this study contribute data to the checklist of seed plants in this region.