Rekod Xerospermum Blume (Sapindaceae) dari Taman Negara Pahang
Record of Xerospermum Blume (Sapindaceae) from Taman Negara Pahang
Keywords:
Xerospermum, Taman Negara PahangAbstract
Kajian ini melaporkan spesies-spesies daripada genus Xerospermum yang ditemui di Taman Negara Pahang. Sejumlah dua spesies telah direkodkan iaitu X. laevigatum dan X. noronhianum. Kutipan terawal dibuat oleh H.N. Ridley pada 1891 bagi X. laevigatum di sekitar Sungai Tahan. Bagi X. noronhianum, kebanyakan kutipan dibuat pada tahun 1970an dibeberapa lokaliti seperti Sungai Tahan, Ulu Tembeling, Bukit Tersik dan Lata Berkoh. Kajian ini membantu mengemaskini senarai spesies daripada genus Xerospermum di Taman Negara Pahang.
This study reports the species from the genus Xerospermum found in Taman Negara Pahang. A total of two species were recorded, namely X. laevigatum and X. noronhianum. The earliest collection of X. laevigatum was made by H.N. Ridley in 1891 around the Tahan River. For X. noronhianum, most collections were made in the 1970s from various localities such as the Tahan River, Ulu Tembeling, Bukit Tersik, and Lata Berkoh. This study helps to update the species list of the genus Xerospermum in Taman Negara Pahang.