Bancian Semula Komposisi Hutan Bakau di Taman Negara Tanjung Piai Johor, selepas Tiga Tahun
Re-Census of Mangrove Forest Composition in Tanjung Piai Johor National Park, After Three Years
Keywords:
Komposisi, bakau, Taman Negara Tanjung Piai, Johor, Composition, Mangrove, Tanjung Piai National ParkAbstract
Penilaian semula komposisi hutan adalah penting bagi melihat status kesihatan hutan tersebut terutamanya dalam tempoh masa tertentu. Oleh itu, satu kajian bancian semula selepas tiga tahun dijalankan di Hutan Bakau Taman Negara Tanjung Piai, Johor bagi menilai semula komposisi pokok bakau berdiameter 5 cm dan ke atas, pada paras dada (DBH ≥ 5 cm). Data sekunder, turut digunakan dalam membandingkan data terkini dan yang lepas dalam mencapai objektif kajian. Hasill kajian terkini, merekodkan sejumlah 292 individu di dalam 0.12 hektar (ha) plot yang mana hanya satu famili Rhizophoraceae dilaporkan. Famili ini terdiri dari tiga genus (Bruguiera, Rhizophora, Ceriops) dan 6 spesies. Rhizophora apiculata mendominasi dengan 132 individu. Setelah membuat perbandingan selepas tiga tahun (2020 - 2023), terdapat peningkatan individu pokok sebanyak 50% (97 individu). Peningkatan spesies yang paling ketara adalah Rhizophora apiculata diikuti dengan Bruguiera cylindrica dan Bruguiera parviflora. Ceriops tagal dan Rhizophora mucronata telah mengalami penurunan bilangan individu. Kajian ini merupakan salah satu sumbangan utama penyelidikan menyokong pengurusan sumber yang mampan dan kestabilan industri pelancongan di Tanjung Piai dengan kerjasama melindungi dan mengurus hutan bakau secara lestari.
The re-evaluation of forest composition is important to see the health status of the forest especially in a certain period of time. Therefore, a re-census study after three years was conducted in Tanjung Piai National Park Mangrove Forest, Johor to re-evaluate the composition of mangrove trees with a diameter of 5 cm and above, at chest level (DBH ≥ 5 cm). Secondary data is also used in comparing the latest and previous data in achieving the objectives of the study. The results of the latest study, recorded a total of 292 individuals in a 0.12 hectare (ha) plot where only one Rhizophoraceae family was reported. This family consists of three genera (Bruguiera, Rhizophora, Ceriops) and 6 species. Rhizophora apiculata dominates with 132 individuals. After making a comparison after three years (2020 - 2023), there was a 50% increase in tree individuals (97 individuals). The most significant species increase is Rhizophora apiculata followed by Bruguiera cylindrica and Bruguiera parviflora. Ceriops tagal and Rhizophora mucronata have experienced a decrease in the number of individuals. This study is one of the main contributions of research supporting sustainable resource management and the stability of the tourism industry in Tanjung Piai in cooperation with protecting and sustainably managing mangrove forests.