Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/spnes
Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences is an international forum for the publication and dissemination of original work which contributes to greater scientific understanding in the area of applied sciences and engineering technology. The Journals reports principally the achievements spanning the interdisciplinary field of applied researches. Scope of the journal includes: biology, chemistry, physics, environmental, health science, mathematics and statistics, geology, engineering, computer science, natural and technological sciences, medicine, and architecture.
Semarak Ilmu Publishing en-US Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences Komposisi dan Struktur Dirian Pokok di Hutan Simpan Paya Pasir, Pahang https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/spnes/article/view/13283
Satu kajian berkaitan struktur komuniti dan dirian pokok telah dijalankan di Hutan Simpan Paya Pasir, Temerloh, Pahang. Hutan ini merupakan hutan dipterokarpa tanah rendah yang telah dibalak dan merupakan hutan terkecil di daerah Temerloh. Dua buah plot, setiap satu berukuran 20 m x 20 m telah dibina secara rawak. Keluasan plot kajian adalah 0.08 hektar. Semua pokok berdiameter pada paras dada (DBH) 5.0 cm dan ke atas telah ditanda dan diukur. Sampel dikutip, diawet dan dicamkan sehingga peringkat spesies. Sebanyak 96 individu daripada 38 spesies, 30 genus dan 22 famili telah dibanci. Guttiferae adalah famili terbesar yang diwakili oleh lima spesies. Syzygium (Myrtaceae) pula adalah genus terbesar diwakili oleh empat spesies. Kelas DBH pokok dibahagikan kepada empat kumpulan. Pokok terbesar adalah Dialium platysepalum (Leguminosae) dengan diameter 50.0 cm DBH. Dipterocarpaceae hanya diwakili oleh satu genus, satu spesies dan dua individu. Kajian ini menunjukkan Hutan Simpan Paya Pasir mengalami kekurangan spesies pokok bernilai komersil. Namun kajian lanjut dengan saiz plot yang lebih luas diperlukan untuk mengesahkan pandangan ini.

A study on the community structure and tree stands was conducted in Paya Pasir Forest Reserve, Temerloh, Pahang. This forest is a logged lowland dipterocarp forest and the smallest forest in the Temerloh district. Two plots, each measuring 20 m x 20 m, were randomly established. The total plot area was 0.08 hectares. All trees with a diameter at breast height (DBH) of 5.0 cm and above were tagged and measured. Samples were collected, preserved, and identified to the species level. A total of 96 individuals from 38 species, 30 genera, and 22 families were recorded. Guttiferae was the largest family, represented by five species. Syzygium (Myrtaceae) was the largest genus, represented by four species. The DBH classes were divided into four groups. The largest tree was Dialium platysepalum (Leguminosae) with a DBH of 50.0 cm. Dipterocarpaceae was represented by only one genus, one species, and two individuals. This study indicates that Paya Pasir Forest Reserve lacks commercially valuable tree species. However, further research with larger plot sizes is needed to confirm this observation.
Nuralia Fatihah Ahmad Sanusi Ahmad Fitri Zohari Muhammad Zul Faris Aizad Mohd Shabri Mohammad Khairul Faizi Zulkifli Nur ‘Aqilah Mustafa Bakray Nik Hazlan Nik Hashim Nik Hashim Nik Norafida Nek Ali Mohd Nizam Mohd Said Noraini Talip Abdul Latiff Mohamad Copyright (c) 2024 Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences 2024-10-30 2024-10-30 2 1 1 6 Suatu Senarai Spesies Dipterokarpa dari Pulau Pangkor, Perak https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/spnes/article/view/13289
Kertas kajian ini menyenaraikan spesies-spesies dipterokarpa yang terdapat di Pulau Pangkor, Perak. Terdapat tiga hutan simpan di pulau ini iaitu Hutan Simpan Sungai Pinang (HSSP), Hutan Simpan Pangkor Utara (HSPU) dan Hutan Simpan Pangkor Selatan (HSPS). Tinjauan dan pengutipan sampel steril dan fertil telah dibuat di semua denai di ketiga-tiga hutan simpan. Sampel diawet, dikeringkan dan dicamkan sehingga peringkat spesies. Data tambahan juga diperolehi dari spesimen-spesimen yang tersimpan di Herbarium Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (KEP). Hasil kajian mendapati sebanyak 14 spesies daripada tujuh genus bagi dipterokarpa telah dikenalpasti di ketiga-tiga hutan simpan. Kesemua 14 spesies direkodkan di kedua-dua HSPU dan HSPS manakala hanya 11 spesies direkodkan di HSSP. Dua spesies yang endemik di Semenanjung Malaysia turut dicatatkan dalam kajian ini iaitu Dipterocarpus perakensis dan Shorea lumutensis. Kajian ini telah menyumbang data berkaitan komposisi spesies dipterokarpa di hutan bukit pantai di negeri Perak dan Semenanjung Malaysia.

This paper lists the dipterocarp species found on Pangkor Island, Perak. There are three forest reserves on the island: Sungai Pinang Forest Reserve (HSSP), Northern Pangkor Forest Reserve (HSPU), and Southern Pangkor Forest Reserve (HSPS). Surveys and the collection of both sterile and fertile samples were conducted along all trails in the three forest reserves. The samples were preserved, dried, and identified to the species level. Additional data were obtained from specimens stored at the Herbarium of the Forest Research Institute Malaysia (KEP). The results of the study identified 14 species from seven genera of dipterocarps in the three forest reserves. All 14 species were recorded in both HSPU and HSPS, while only 11 species were recorded in HSSP. Two species endemic to Peninsular Malaysia were also noted in this study: Dipterocarpus perakensis and Shorea lumutensis. This study contributes data on the species composition of dipterocarps in coastal hill forests in the state of Perak and Peninsular Malaysia.
Ahmad Fitri Zohari Nuralia Fatihah Ahmad Sanusi Muhammad Zul Faris Aizad Mohd Shabri Mohammad Khairul Faizi Zulkifli Nur ‘Aqilah Mustafa Bakray Nik Hazlan Nik Hashim Nik Norafida Nek Ali Abdul Latiff Mohamad Copyright (c) 2024 Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences 2024-10-30 2024-10-30 2 1 7 11 Actinidiaceae dari Taman Negara Pahang https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/spnes/article/view/13291

Kertas ini melaporkan spesies-spesies daripada famili Actinidaceae yang dikutip sekitar Taman Negara Pahang. Data kajian adalah berdasarkan spesimen-spesimen yang tersimpan di Herbarium Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (KEP). Sebanyak dua spesies daripada satu genus (Saurauia) telah direkodkan iaitu S. nudiflora dan S. pentapetala. Hanya lapan kutipan sampel yang telah dibuat iaitu tiga bagi S. nudiflora dan lima bagi S. pentapetala. Tiada rekod kutipan yang terbaru dari kawasan ini di mana rekod kesemua kutipan adalah pada penghujung tahun 1960an hingga pertengahan tahun 1970an. Hasil kajian membantu dalam menyumbang data kepada senarai semak tumbuhan berbiji di sekitar kawasan ini.

This paper reports the species from the family Actinidaceae collected around Taman Negara Pahang. The study data is based on specimens stored at the Herbarium of the Forest Research Institute Malaysia (KEP). Two species from a single genus (Saurauia) were recorded: S. nudiflora and S. pentapetala. Only eight sample collections were made, with three for S. nudiflora and five for S. pentapetala. There have been no recent records of collections from this area, with all recorded collections dating from the late 1960s to the mid-1970s. The results of this study contribute data to the checklist of seed plants in this region.

Ahmad Fitri Zohari Nuralia Fatihah Ahmad Sanusi Muhammad Zul Faris Aizad Mohd Shabri Mohammad Khairul Faizi Zulkifli Nur ‘Aqilah Mustafa Bakray Nik Hazlan Nik Hashim Nik Norafida Nek Ali Mohd Nizam Mohd Said Noraini Talip Abdul Latiff Mohamad Copyright (c) 2024 Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences 2024-10-30 2024-10-30 2 1 12 15 Struktur Dirian Famili Rubiaceae di Sebuah Hutan Dipterokarpa Tanah Rendah, Hutan Simpan Behrang, Perak https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/spnes/article/view/13294
Rubiaceae adalah famili terbesar dalam kumpulan dikotiledon di Semenanjung Malaysia. Suatu kajian awal berkaitan struktur dirian dan komposisi pokok daripada famili telah dijalankan di hutan dipterokarpa tanah rendah di Hutan Simpan Behrang, Perak. Tiga plot kajian berukuran 25 m x 20 m (0.05 hektar) telah ditubuhkan secara rawak di denai terpilih. Keluasan keseluruhan plot kajian adalah 0.15 ha. Bancian melibatkan semua pokok yang diameter pada paras dada 1.0 cm ada ke atas. Pokok ditanda manakala sampel daun dikutip, diawet sebelum dicamkan ke peringkt genua atau spesies. Sebanyak 11 spesies daripada 10 genus dan 44 individu telah dibanci. Urophyllum diwakili dua spesies manakala sembilan genus lagi, masing-masing diwakili oleh satu spesies sahaja.  Kepadatan pokok bagi famili Rubiaceae adalah 293 individu per hektar. Pada peringkat genus, Chassalia mencatatkan kepadatan tertinggi iaitu sebanyak 67 individu per hektar dan ada peringkat spesies, Chassalia curviflora merupakan spesies paling padat dengan nilai kepadatan 67 individu per hektar. Kelas DBH 1.0-4.9 cm diwakili oleh bilangan individu tertinggi iaitu sebanyak 40 dirian. Kajian ini membantu menyumbang data tambahan untuk maklumat senarai flora bagi negeri Perak.

The Rubiaceae is the largest family among dicotyledons in Peninsular Malaysia. A preliminary study on the stand structure and composition of trees from this family was conducted in the lowland dipterocarp forest at Behrang Forest Reserve, Perak. Three study plots measuring 25 m x 20 m (0.05 hectares) were randomly established along selected trails. The total plot area was 0.15 ha. The survey involved all trees with a diameter at breast height (DBH) of 1.0 cm and above. The trees were tagged, and leaf samples were collected, preserved, and identified to the genus or species level. A total of 11 species from 10 genera and 44 individuals were recorded. Urophyllum was represented by two species, while the other nine genera were each represented by a single species. The tree density for the Rubiaceae family was 293 individuals per hectare. At the genus level, Chassalia recorded the highest density, with 67 individuals per hectare, and at the species level, Chassalia curviflora was the densest species with a density of 67 individuals per hectare. The DBH class of 1.0–4.9 cm was represented by the highest number of individuals, with a total of 40 trees. This study contributes additional data to the floristic information of the state of Perak.
Nuralia Fatihah Ahmad Sanusi Ahmad Fitri Zohari Muhammad Zul Faris Aizad Mohd Shabri Mohammad Khairul Faizi Zulkifli Nur ‘Aqilah Mustafa Bakray Wan Norilani Wan Ismail Nik Hazlan Nik Hashim Nik Norafida Nek Ali Mohd Nizam Mohd Said Abdul Latiff Mohamad Copyright (c) 2024 Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences 2024-10-30 2024-10-30 2 1 16 21 Rekod Xerospermum Blume (Sapindaceae) dari Taman Negara Pahang https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/spnes/article/view/13322
Kajian ini melaporkan spesies-spesies daripada genus Xerospermum yang ditemui di Taman Negara Pahang. Sejumlah dua spesies telah direkodkan iaitu X. laevigatum dan X. noronhianum. Kutipan terawal dibuat oleh H.N. Ridley pada 1891 bagi X. laevigatum di sekitar Sungai Tahan. Bagi X. noronhianum, kebanyakan kutipan dibuat pada tahun 1970an dibeberapa lokaliti seperti Sungai Tahan, Ulu Tembeling, Bukit Tersik dan Lata Berkoh. Kajian ini membantu mengemaskini senarai spesies daripada genus Xerospermum di Taman Negara Pahang.

This study reports the species from the genus Xerospermum found in Taman Negara Pahang. A total of two species were recorded, namely X. laevigatum and X. noronhianum. The earliest collection of X. laevigatum was made by H.N. Ridley in 1891 around the Tahan River. For X. noronhianum, most collections were made in the 1970s from various localities such as the Tahan River, Ulu Tembeling, Bukit Tersik, and Lata Berkoh. This study helps to update the species list of the genus Xerospermum in Taman Negara Pahang.
Ahmad Fitri Zohari Nuralia Fatihah Ahmad Sanusi Muhammad Zul Faris Aizad Mohd Shabri Mohammad Khairul Faizi Zulkifli Nur ‘Aqilah Mustafa Bakray Nik Hazlan Nik Hashim Nik Norafida Nek Ali Mohd Nizam Mohd Said Noraini Talip Abdul Latiff Mohamad Copyright (c) 2024 Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences 2024-11-04 2024-11-04 2 1 22 27 Kepelbagaian Rumpai Laut di Pulau Merambong https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/spnes/article/view/13324
Bolehkah penambakan daripada pembangunan Forest City, Johor menjejaskan komposisi rumpai laut Pulau Merambong semasa, sebelum dan selepas ia dibangunkan? Tiada lagi kajian kepelbagaian rumpai laut yang dilakukan selepas pembangunan selesai. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk merekod dan membandingkan rumpai laut yang terdapat di Pulau Merambong. Sebanyak 100 kuadrat dibina daripada 4 stesen (bakau, batu, pasir dan pasir berbatu) dengan menggunakan kaedah garisan transek sepanjang 20 meter dengan 5 replikasi pada setiap stesen. Sebanyak 31 spesies rumpai laut (termasuk persampelan umum) telah berjaya direkodkan yang terdiri daripada divisi Rhodophyta (45%), Chlorophyta (39%) dan Phaeophyta (16%). Corak taburan di Pulau Merambong menunjukkan kawasan substrat berbatu mempunyai peratusan perlitupan yang tertinggi dan mencatatkan nilai indeks kepelbagaian tertinggi (1.853). Spesies yang mendominasi Pulau Merambong ialah Cladophora stimpsonii. Terdapat rekod baharu bagi kajian ini yang juga merupakan spesies yang jarang ditemui iaitu Scinaia aborealis dan Caulerpa verticillata. Perbandingan komposisi spesies rumpai laut menunjukkan perbezaan yang ketara (p=0.0008), dengan penurunan bilangan spesies daripada 40 kepada 19 spesies selepas pembangunan selesai. Oleh itu, pemantauan secara berkala perlu dilakukan bagi memelihara komposisi rumpai laut di Pulau Merambong bagi kegunaan masa akan datang. Bolehkah penambakan daripada pembangunan Forest City, Johor menjejaskan komposisi rumpai laut Pulau Merambong semasa, sebelum dan selepas ia dibangunkan? Tiada lagi kajian kepelbagaian rumpai laut yang dilakukan selepas pembangunan selesai. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk merekod dan membandingkan rumpai laut yang terdapat di Pulau Merambong. Sebanyak 100 kuadrat dibina daripada 4 stesen (bakau, batu, pasir dan pasir berbatu) dengan menggunakan kaedah garisan transek sepanjang 20 meter dengan 5 replikasi pada setiap stesen. Sebanyak 31 spesies rumpai laut (termasuk persampelan umum) telah berjaya direkodkan yang terdiri daripada divisi Rhodophyta (45%), Chlorophyta (39%) dan Phaeophyta (16%). Corak taburan di Pulau Merambong menunjukkan kawasan substrat berbatu mempunyai peratusan perlitupan yang tertinggi dan mencatatkan nilai indeks kepelbagaian tertinggi (1.853). Spesies yang mendominasi Pulau Merambong ialah Cladophora stimpsonii. Terdapat rekod baharu bagi kajian ini yang juga merupakan spesies yang jarang ditemui iaitu Scinaia aborealis dan Caulerpa verticillata. Perbandingan komposisi spesies rumpai laut menunjukkan perbezaan yang ketara (p=0.0008), dengan penurunan bilangan spesies daripada 40 kepada 19 spesies selepas pembangunan selesai. Oleh itu, pemantauan secara berkala perlu dilakukan bagi memelihara komposisi rumpai laut di Pulau Merambong bagi kegunaan masa akan datang.

Could the reclamation from the development of Forest City, Johor, affect the current composition of seaweed on Pulau Merambong, both before and after it is developed? No further studies on the diversity of seaweeds have been conducted after the development was completed. Therefore, this study was conducted to record and compare the seaweeds found in Merambong Island. A total of 100 quadrats were established from 4 stations (mangrove, rocky, sand, and gravel-sand) using a transect line method over 20 meters with 5 replications at each station. A total of 31 species of seaweed (including general collection) have been successfully recorded, consisting of the divisions Rhodophyta (45%), Chlorophyta (39%), and Phaeophyta (16%). The distribution pattern in Merambong Island shows that rocky substrate areas have the highest coverage percentage and record the highest diversity index value (1.853). The species that dominates Merambong Island is Cladophora stimpsonii. There is a new record for this study, which also includes the rarely found species Scinaia aborealis and Caulerpa verticillata. The comparison of seaweed species composition shows a significant difference (p=0.0008), with a decrease in the number of species from 40 to 19 after the development was completed. Therefore, regular monitoring needs to be conducted to preserve the composition of seaweed on Pulau Merambong for future use.

Jasslina Hashim Nur Farah Ain Zainee Nurul Athirah Zaifornoor Mohamed Effendi Taip Copyright (c) 2024 Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences 2024-11-04 2024-11-04 2 1 28 33 Kepelbagaian Makroalga Bentik di Pulau Seri Buat-Sembilang, Pahang https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/spnes/article/view/13331
Terdapat jurang pembaharuan data terhadap senarai spesies makroalga di Pulau Seri Buat-Sembilang, Pahang. Kajian kepelbagaian makroalga di Pulau Seri Buat-Sembilang masih kurang dilakukan kerana kawasan ini kurang diteroka. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kepelbagaian makroalga di Pulau Seri Buat-Sembilang, Pahang dan membandingkan komposisi makroalga dengan kajian-kajian lepas. Metodologi bagi kajian ini adalah menggunakan kaedah titik persampelan dalam kuadrat bulat. Hasil kajian ini merekodkan sebanyak 32 spesies makroalga. Secara keseluruhannya, spesies terbanyak dikenalpasti adalah daripada divisi Rhodophyta diikuti dengan divisi Chlorophyta dan divisi Phaeophyta. Perbezaan yang signifikan (p=0.03) telah dicatatkan antara stesen 1 dan stesen 2, yang mana nilai kepelbagaian makroalga pada stesen 2 (1308 individu) dan stesen 1 (127 individu). Perbandingan kesamaan spesies menggunakan Indeks Kesamaan Jaccard (IKJ) telah merekodkan nilai yang tinggi (0.247) antara kajian ini dengan kajian Rozaimi manakala nilai  yang rendah antara kajian ini dengan kajian Arina (0.088). Terdapat rekod baharu dalam kajian ini bagi Pulau Seri Buat iaitu Phyllodictyon anastomosans dan jumlah terkini makroalga bagi Pulau Seri Buat-Sembilang, Pahang adalah sebanyak 96 spesies. Kajian ini telah berjaya menyenaraikan dan mengenal pasti kepelbagaian spesies makroalga di Pulau Seri Buat-Sembilang. dan hasil daripada kajian ini dapat menyumbang kepada pangkalan data makroalga pada Taman Laut Malaysia untuk rujukan masa hadapan dan membantu dalam pemuliharaan makroalga.

There is a gap in data updates to the list of macroalgae species in Pulau Seri Buat-Sembilang, Pahang. Studies on macroalgae diversity in Pulau Seri Buat-Sembilang are still lacking because this area is less explored. Therefore, this study was conducted to identify the diversity of macroalgae in Pulau Seri Buat-Sembilang, Pahang and compare the composition of macroalgae with previous studies. The methodology for this study is to use the sampling point method in the square of a circle. The results of this study recorded a total of 32 species of macroalgae. Overall, the most species identified are from the Rhodophyta division followed by the Chlorophyta division and the Phaeophyta division. A significant difference (p=0.03) was recorded between station 1 and station 2, where the value of macroalgae diversity at station 2 (1308 individuals) and station 1 (127 individuals) was recorded. The comparison of species equality using the Jaccard Equality Index (IKJ) recorded a high value (0.247) between this study and Rozaimi's study while a low value between this study and the Arina’s study (0.088). There is a new record in this study for Pulau Seri Buat, namely Phyllodictyon anastomosans and the latest number of macroalgae for Pulau Seri Buat-Sembilang, Pahang is 96 species. This study has successfully listed and identified the diversity of macroalgae species in Pulau Seri Buat-Sembilang. and the results of this study can contribute to the macroalgae database in the Malaysian Marine Park for future reference and assist in macroalgae conservation.
Nurul Athirah Zaifornoor Nur Farah Ain Zainee Jasslina Hashim Mohammad Rozaimi Mohamed Effendi Taip Mohd Khairul Faizi Zulkifli Amir Aiman Abdullah Copyright (c) 2024 Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences 2024-11-04 2024-11-04 2 1 34 39 Castanopsis (D.Don.) Spach. (Fagaceae) dari Taman Negara, Pahang https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/spnes/article/view/13497
Kajian ini melaporkan spesies-spesies daripada genus Castanopsis yang ditemui di Taman Negara Pahang. Sejumlah lima spesies telah direkodkan iaitu C. curtisii, C. inermis, C. foxworthyi, C. megacarpa dan C. nephelioides. Hanya satu spesies yang endemik di Semenanjung Malaysia yang direkodkan iaitu C. curtisii yang tertabur di enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor.

This study reports the species from the genus Castanopsis found in Taman Negara Pahang. A total of five species were recorded, namely C. curtisii, C. inermis, C. foxworthyi, C. megacarpa, and C. nephelioides. Only one species, C. curtisii, is endemic to Peninsular Malaysia, and it is distributed across six states: Perlis, Kedah, Kelantan, Penang, Pahang, and Selangor.

Ahmad Fitri Zohari Nuralia Fatihah Ahmad Sanusi Muhammad Zul Faris Aizad Mohd Shabri Mohammad Khairul Faizi Zulkifli Nur ‘Aqilah Mustafa Bakray Nik Hazlan Nik Hashim Nik Norafida Nek Ali Mohd Nizam Mohd Said Noraini Talip Abdul Latiff Mohamad Copyright (c) 2024 Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences 2024-11-18 2024-11-18 2 1 40 44 Bancian Semula Komposisi Hutan Bakau di Taman Negara Tanjung Piai Johor, selepas Tiga Tahun https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/spnes/article/view/13607
Penilaian semula komposisi hutan adalah penting bagi melihat status kesihatan hutan tersebut terutamanya dalam tempoh masa tertentu. Oleh itu, satu kajian bancian semula selepas tiga tahun dijalankan di Hutan Bakau Taman Negara Tanjung Piai, Johor bagi menilai semula komposisi pokok bakau berdiameter 5 cm dan ke atas, pada paras dada (DBH ≥ 5 cm). Data sekunder, turut digunakan dalam membandingkan data terkini dan yang lepas dalam mencapai objektif kajian. Hasill kajian terkini, merekodkan sejumlah 292 individu di dalam 0.12 hektar (ha) plot yang mana hanya satu famili Rhizophoraceae dilaporkan. Famili ini terdiri dari tiga genus (Bruguiera, Rhizophora, Ceriops) dan 6 spesies. Rhizophora apiculata mendominasi dengan 132 individu. Setelah membuat perbandingan selepas tiga tahun (2020 - 2023), terdapat peningkatan individu pokok sebanyak 50% (97 individu). Peningkatan spesies yang paling ketara adalah Rhizophora apiculata diikuti dengan Bruguiera cylindrica dan Bruguiera parviflora. Ceriops tagal dan Rhizophora mucronata telah mengalami penurunan bilangan individu. Kajian ini merupakan salah satu sumbangan utama penyelidikan menyokong pengurusan sumber yang mampan dan kestabilan industri pelancongan di Tanjung Piai dengan kerjasama melindungi dan mengurus hutan bakau secara lestari.

The re-evaluation of forest composition is important to see the health status of the forest especially in a certain period of time. Therefore, a re-census study after three years was conducted in Tanjung Piai National Park Mangrove Forest, Johor to re-evaluate the composition of mangrove trees with a diameter of 5 cm and above, at chest level (DBH ≥ 5 cm). Secondary data is also used in comparing the latest and previous data in achieving the objectives of the study. The results of the latest study, recorded a total of 292 individuals in a 0.12 hectare (ha) plot where only one Rhizophoraceae family was reported. This family consists of three genera (Bruguiera, Rhizophora, Ceriops) and 6 species. Rhizophora apiculata dominates with 132 individuals. After making a comparison after three years (2020 - 2023), there was a 50% increase in tree individuals (97 individuals). The most significant species increase is Rhizophora apiculata followed by Bruguiera cylindrica and Bruguiera parviflora. Ceriops tagal and Rhizophora mucronata have experienced a decrease in the number of individuals. This study is one of the main contributions of research supporting sustainable resource management and the stability of the tourism industry in Tanjung Piai in cooperation with protecting and sustainably managing mangrove forests.

Nur Aimuni Mohd Adham Nur 'Aqilah Mustafa Bakray Ahmad Fitri Zohari Mohd Khairul Faizi Zulkifli Mohd Nizam Mohd Said Copyright (c) 2024 Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences 2024-11-28 2024-11-28 2 1 45 50