Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Rendah Daerah Belaga, Sarawak

Implementation of Inclusive Education in Extracurricular Activities in Belaga District Primary School, Sarawak

Authors

  • Vestly Kong Liang Soon Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Karen Anak Day Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

pendidikan inklusif, guru arus perdana, mengajar, pengalaman, pelaksanaan, pengubahsuaian, fasiliti, kerjasama, ko-kurikulum, inclusive education , mainstream teacher, teach, experience, implementation, modification, facilities , cooperation, co-curriculum

Abstract

Pendidikan Inklusif merupakan sebuah pendidikan yang berteraskan konsep pendidikan untuk semua khasnya untuk murid berkeperluan pendidikan khas termasuklah dalam aktiviti kokurikulum. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam aktiviti kokurikulum di kawasan sekolah rendah daerah pedalaman negeri Sarawak. Kajian ini dijalankan bagi meneroka pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam aktiviti kokurikulum di kawasan luar bandar. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes dijalankan di sebuah sekolah yang memiliki populasi kajian seramai 19 orang murid dan sampel kajian terdiri daripada tiga orang responden iaitu guru aliran perdana yang terlibat dalam pendidikan inklusif dalam aktiviti kokurikulum ini. Data kualitatif kajian ini diperoleh melalui hasil temu bual tidak berstruktur dan hasil dapatan data pemerhatian senarai semak. Hasil temu bual dan pemerhatian mendapati kesemua responden memahami erti Pendidikan Inklusif dan setiap responden memiliki pengalaman mengajar kelas inklusif dalam aktiviti kokurikulum ini. Rata -rata responden juga menggunakan kaedah pengajaran belajar sambil bermain dalam aktiviti kokurikulum dan menggunakan beberapa jenis strategi pengajaran seperti belajar sambil bermain. Responden didapati melakukan pengubahsuaian seperti merancang pelaksanaan aktiviti semasa kokurikulum sebelum aktiviti kokurikulum bermula dan hanya menerapkan kaedah pengulangan kepada murid berkeperluan khas. Data temu bual juga menunjukkan kesemua responden menyatakan kelengkapan sukan masih lagi kurang dan fasiliti masih dalam keadaan yang belum memuaskan. Kesemua responden juga mempunyai hubungan dan kerjasama baik dengan warga sekolah. Diharapkan kajian ini boleh memberi manfaat dan rujukan kepada pembaca dan pengkaji.

Inclusive Education is an education that is based on the concept of education for all, especially for students with special educational needs, including extracurricular activities. This study was conducted to explore the implementation of Inclusive Education in co-curricular activities in primary school areas in the interior of Sarawak.This study was conducted to explore the implementation of Inclusive Education in extracurricular activities in rural areas. This qualitative study uses a case study design conducted in a school that has a study population of 19 students and the study sample consists of three respondents who are mainstream teachers who are involved in inclusive education in this co-curricular activity. The qualitative data of this study was obtained through the results of unstructured interviews and the results of checklist observation data. The results of interviews and observations found that all respondents understood the meaning of Inclusive Education and each respondent had experience teaching inclusive classes in this co-curricular activity. The average respondent also uses the teaching method of learning while playing in co-curricular activities and uses several types of teaching strategies such as learning while playing. Respondents were found to make modifications such as planning the implementation of co-curricular activities before co-curricular activities begin and only applying repetition methods to students with special needs. The interview data also showed that all respondents stated that sports equipment was still lacking and the facilities were still in an unsatisfactory state. All respondents also have a good relationship and cooperation with the school community. It is hoped that this study can provide benefit and reference to readers and researchers.

Author Biographies

Vestly Kong Liang Soon, Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

vestly@fpm.upsi.edu.my

Karen Anak Day, Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia

karenday263@gmail.com

Downloads

Published

2024-05-29

Issue

Section

Articles