Inovasi Cerdik Jawi Menggunakan Pembelajaran Kinestatik dan Koperatif Meningkatkan Kemahiran Menulis Jawi dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah

Inovasi Cerdik Jawi using Kinesthetic and Cooperative Learning in Improving Jawi Writing Skill among Primary Pupils

Authors

  • Fatma wahida Amran Universiti Utara Malaysia,Sintok, Kedah
  • Mardzelah Makhsin Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, Malaysia

Keywords:

inovasi, tulisan jawi, pembelajaran, kinestatik, koperatif

Abstract

"Inovasi Cerdik Jawi" adalah satu pendekatan yang memanfaatkan pembelajaran kinestetik dan koperatif dengan tujuan meningkatkan kemahiran menulis Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah. Pendekatan ini menekankan penggunaan aktiviti-aktiviti yang melibatkan gerakan fizikal dan kerjasama antara murid untuk mencapai objektif pembelajaran. Inovasi ini memberikan penekanan kepada kemahiran motor halus murid melalui aktiviti membentuk tulisan di atas pasir (magnetic sand) yang dapat memberikan rangsangan positif terhadap kemahiran motor halus murid. Aktiviti pembelajaran dalam "Inovasi Cerdik Jawi" turut melibatkan murid belajar secara koperatif yang memerlukan kerjasama murid dalam proses belajar dan mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Justeru, matlamat kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis Jawi dengan menggunakan “Inovasi Cerdik jawi”. Kajian kuantitatif dijalankan dalam kajian ini dengan kajian kuasi eksperimen melibatkan ujian pra dan ujian pasca. Enam puluh orang murid sekolah rendah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan kawalan (n=30) menggunakan kaedah tradisional dalam pembelajaran mereka manakala kumpulan rawatan (n=30) menggunakan kaedah "Inovasi Cerdik Jawi". Keputusan ujian Levene iaitu (F (1, 58) = 2.449, p>0.05) menunjukkan bahawa nilai ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah homogen sebelum kajian dilaksanakan. Keputusan ujian pasca bagi kumpulan rawatan menunjukkan kaedah pembelajaran menggunakan Inovasi Cerdik Jawi memberi kesan yang signifikan terhadap kemahiran menulis Jawi. Berdasarkan dapatan data kualitatif, kaedah pengajaran dengan aplikasi kaedah "Inovasi Cerdik Jawi" dapat meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Jawi. Secara kesimpulannya, "Inovasi Cerdik Jawi" adalah salah satu kaedah pembelajaran menggunakan kinestetik dan koperatif yang berupaya meningkatkan tahap penguasaan penulisan Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah.

Downloads

Published

2024-05-09

Issue

Section

Articles