Pembangunan Inovasi Bahan Bantu Mengajar menggunakan Komik dalam Pendidikan Al-Quran
Development of Teaching Aid Innovation using Comics in Quranic Education
DOI:
https://doi.org/10.37934/sijile.1.1.3242Keywords:
komik, auditori, visual, pendidikan Al-QuranAbstract
Penggunaan inovasi bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk “Komik” dalam pembelajaran ilmu Al-Quran dapat membantu serta meningkatkan penguasaan ilmu Al-Quran dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Tujuan inovasi ini adalah untuk mengatasi isu kelemahan murid dalam menguasai ilmu Al-Quran yang merupakan asas penentu kesempurnaan sesuatu ibadah manusia. Justeru, inovasi komik ini menggabungkan penggunaan elemen visual dan auditori seperti penggunaan ilustrasi gambar yang berwarna dan menarik, audio contoh bacaan al-Quran yang boleh dibuka secara berulang kali, nota tajwid dan lain-lain berupaya merangsang minat kepelbagaian murid terhadap pembelajaran Al-Quran. Kajian kuantitatif telah dilaksanakan bagi menguji tahap keberkesanan penggunaan inovasi BBM komik dalam meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran melalui ujian pra dan pasca kepada 60 orang murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah. Hasil kajian yang dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) berdasarkan ujian T-Berpasangan menunjukkan penggunaan komik Genius Al-Quran ini amat membantu dalam proses pembelajaran murid terhadap ilmu al-Quran. Secara kesimpulannya, "Inovasi Komik" adalah salah satu bahan bantu mengajar menggunakan visual dan auditori yang berupaya meningkatkan tahap kemahiran membaca Al-Quran murid.