Mengkaji Tindakbalas Nanozarah Silika Dioksida (SiO2) dengan Lisozim Dalam Larutan Penimbal

Study the Interaction of Silica Dioxide (SiO2) Nanoparticles with Lysozymes in Buffer Solution

Authors

  • Siti Amira Othman Jabatan Fizik dan Kimia, Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 84600 Pagoh, Johor, Malaysia
  • Shahidan Radiman Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Malaysia

Keywords:

Silika dioksida, lisozim, larutan penimbal, nanozarah, Silica dioxide, lysozyme, buffer solution, nanoparticle

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan tindak balas nanozarah polimer, silika dioksida (SiO2) dengan protein, (Lisozim) dalam larutan penimbal. Tujuan kajian adalah untuk menentukan kestabilan serta kesan interaksi nanozarah SiO2 dengan lisozim sebagai fungsi kepekatan yang dikaji dengan menggunakan spektroskopi ultralembahyung-cahaya nampak (U.V.-Visible). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah penambahan (serbuk), kaedah cecair homogen, kaedah perpisahan fasa dan kaedah penyerapan (tindakbalas). Hasil kajian mendapati penjerapan lisozim yang bercas positif (hidrofobik) terhadap permukaan nanozarah SiO2 yang bercas negatif (hidrofilik) adalah sesuai pada pH 7.8. Bagi perbezaan nisbah berat SiO2: Lisozim sama ada berat lisozim atau SiO2 tetap, puncak yang diperolehi adalah sekitar 280nm. Kadar penjerapan lisozim bergantung kepada masa tindak balas dan juga faktor pembauran. Saiz nanozarah SiO2 yang kecil menyebabkan ianya mempunyai luas permukaan yang besar berbanding isipadu dan membolehkan lisozim dijerap pada permukaannya tanpa sebarang halangan. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa, wujud kestabilan antara lisozim dan SiO2 yang membolehkan penjerapan berlaku dan terbentuknya gumpalan akibat daripada kesan tindak balas.

This study was conducted to study the interaction effect of polymer nanoparticles, silica dioxide (SiO2) with protein, (Lysozyme) in buffer solution. The purpose of the study was to determine the stability and the effect of the interaction of SiO2 nanoparticles with lysozyme as a concentration function studied using ultraviolet-visible (U.V.-visible) spectroscopy. The methods used in this study are the addition method (powder), homogeneous liquid method, phase separation method and absorption method (interaction). The results of the study found that the adsorption of positively charged (hydrophobic) lysozyme to the surface of negatively charged SiO2 nanoparticles (hydrophilic) is suitable at pH 7.8. For the difference weight ratio in SiO2: Lysozyme either lysozyme weight or fixed SiO2, the peak obtained is around 280nm. The rate of absorption of lysozyme depends on the reaction time as well as the diffusion factor. The small size of the SiO2 nanoparticles causes it to have a large surface area compared to the volume and allows lysozymes to be adsorbed on its surface without any obstruction. Therefore, it can be concluded that there is a stability between lysozyme and SiO2 that

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-03-28

How to Cite

Siti Amira Othman, & Shahidan Radiman. (2024). Mengkaji Tindakbalas Nanozarah Silika Dioksida (SiO2) dengan Lisozim Dalam Larutan Penimbal: Study the Interaction of Silica Dioxide (SiO2) Nanoparticles with Lysozymes in Buffer Solution. Journal of Advanced Research in Fluid Mechanics and Thermal Sciences, 79(2), 11–26. Retrieved from https://semarakilmu.com.my/journals/index.php/fluid_mechanics_thermal_sciences/article/view/7208

Issue

Section

Articles