Implikasi Gallery Walk dalam Pendidikan Inklusif di Sebuah Sekolah Rendah di Miri

Implications of Gallery Walk in Inclusive Education in a Primary School in Miri

Authors

  • Vestly Kong Liang Soon Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Irene Francisca Anak Buan Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Keywords:

Implikasi, Gallery walk, pendidikan inklusif, sekolah rendah

Abstract

Gallery walk adalah satu kaedah pembelajaran berbentuk tugasan secara berkumpulan yang menggalakkan penglibatan aktif murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan secara Gallery walk melibatkan pergerakan murid ke setiap pameran hasil kerja kumpulan lain untuk meneroka idea melalui hasil tugasan yang dipaparkan pada dinding bilik darjah. Oleh hal demikian, satu kajian kes telah dilaksanakan untuk meninjau apakah implikasi penggunaan Gallery walk terhadap pendidikan inklusif di sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka implikasi Gallery walk terhadap pelaksanaan, pengetahuan dan kebimbangan guru pendidikan inklusif di sebuah sekolah rendah di Miri. Kajian ini hanya melibatkan strategi pembelajaran Gallery walk dalam pendidikan inklusif sahaja. Data kajian ini diperoleh menerusi temu bual separa berstruktur, pemerhatian, dan analisis dokumen yang dikumpulkan secara kualitatif dan dianalisa menggunakan kaedah triangulasi data. Hasil kajianmendapati kedua-dua responden komited dalam pelaksanaan dan mempunyai pengetahuan berkenaan Gallery walk dalam PDPc. Namun demikian terdapat kebimbangan dalam prasarana sekolah yang terhad. Bagi memaksimumkan persekitaran pendidikan inklusif yang kondusif, guru boleh melaksanakan Gallery walk dengan cara menyesuaikan tahap keupayaan MBPK dengan aktiviti atau tugasan semasa PDPc di stesen fizikal atau bilik darjah. Selain itu, kesediaan rakan inklusif bersama MBPK dalam menjayakan kolaborasi pendidikan inklusif juga memainkan peranan penting dalam penggunaan Gallery walk. Diharapkan kajian melibatkan Gallery walk dalam program pendidikan inklusif seperti kokurikulum dapat diberikan perhatian pada masa depan.

Author Biographies

Vestly Kong Liang Soon, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

vestly@fpm.upsi.edu.my

Irene Francisca Anak Buan, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

anndolce78@yahoo.com

Downloads

Published

2024-04-16

Issue

Section

Articles