Oksida kaya-Si Tingkatkan Rintangan Pengoksidaan Struktur Terkimpal Al-Mg-Si Pada Suhu 400°C dan 600°C
Si-rich Oxides Increase Oxidation Resistance on Welded AlMg-Si at at 400°C and 600°C
Keywords:
Struktur terkimpal, Al-Mg-Si, logam pengisi, pengoksidaan suhu tinggi, SiO2, Welded joint, filler metal, high temperature oxidationAbstract
Pada suhu tinggi struktur terkimpal aloi Al-Mg-Si mengalami kebolehrintangan yang rendah disebabkan oleh kesan pengoksidaan yang kompleks yang melibatkan pembentukan lapisan atau kerak oksida dan degradasi dalaman. Keadaan menjadi lebih kompleks apabila ia aloi ini telah melalui proses kimpalan iaitu penyambungan logam yang melibatkan pemanasan dan penyejukan cepat. Seterusnya, struktur terkimpal tersebut didedahkan pada pengoksidaan suhu tinggi menyebabkan perubahan dan pembentukan fasa oksida yang berbeza. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesan pengoksidaan suhu tinggi pada sambungan kimpalan aloi Al-Mg-Si dengan menggunakan logam pengisi ER 4043 (Al-5%Si). Analisis dan pencirian sampel merangkumi morfologi dan mikrostruktur menggunakan OM dan SEM/EDX, dan fasa oksida ditentukan dengan menggunakan XRD. Penambahan 5% Si daripada logam pengisi dan pembentukan SiO2 pada permukaan struktur terkimpal kesan pendedahan pengoksidaan didapati efektif dalam merendahkan tahap pengoksidaan dengan mengurangkan kemasukan oksigen ke dalam substrat aloi. SiO2 juga membantu mengukuhkan lapisan pelindung Al2O3. Kesimpulannya, penggunaan logam pengisi ER 4043 yang mengandungi elemen pengaloian sekunder tertinggi iaitu 5% Si pada struktur terkimpal Al-Mg-Si adalah bersesuaian untuk aplikasi sehingga suhu tinggi.
At high temperatures the Al-Mg-Si alloy structure is characterized by low resistance due to the complex oxidation effects involving the formation of layers or scale oxides and internal degradation. The situation becomes more complex when this alloy undergoes a welding process of metal bonding that involves heating and cooling. Subsequently, the welded structure is exposed to high temperature oxidation resulting in different oxide formation and phase changes. Therefore, the present study aims to determine the effect of high temperature oxidation on Al-Mg-Si alloy welded joint using ER 4043 (Al-5% Si) filler metal. The analysis and characterization of samples include morphology and microstructure using OM and SEM / EDX, and the oxide phase was determined using XRD. The addition of 5% Si from the filler metal and the formation of SiO2 on the surface of the welded structure due to the oxidation exposure was found to be effective in lowering the oxidation level by reducing penetration of oxygen diffusion into the alloy substrate. SiO2 also helps strengthen the Al2O3 protective layer. In conclusion, the use of an ER 4043 as a filler metal containing a 5% of Si as a major secondary element in the Al-Mg-Si welded structure is suitable for high temperature applications.