Prestasi Pembakaran Biodiesel Berasaskan Minyak Bunga Matahari Ke Atas Pembakar Berbahan Api Cecair
Combustion Performance Sunflower Oil Biodiesel on Liquid Fuel Burner
Keywords:
Campuran biodiesel berasaskan minyak bunga matahari, pembakaran, nisbah kesetaraan, emisi, Sunflower oil -based biodiesel blends, combustion, equivalence ratio, emissionsAbstract
Kajian ini menyiasat mengenai prestasi pembakaran adunan bahan api biodiesel berasaskan minyak bunga matahari dengan diesel pada nisbah B10 (biodiesel 10%, diesel 90%), B15 (biodiesel 15%, diesel 85%), B25 (biodiesel 25%, diesel 75%) dan B50 (biodiesel 50%, diesel 50%). Prestasi pembakaran bahan api ini dinilai berdasarkan kepada nilai suhu dinding kebuk pembakar, kecekapan terma pembakar serta kepekatan gas emisi yang dibebaskan seperti oksida nitrogen (NOx), sulfur dioksida (SO?), dan karbon monoksida (CO). Bahan api adunan biodiesel berasaskan minyak bunga matahari diukur dan dibandingkan dengan diesel. Semua bahan api yang diuji dibakar menggunakan kebuk pembakaran terbuka pada lima nisbah kesetaraan yang berbeza, iaitu, keadaan cair bahan api (? = 0.8 dan 0.9), stoikiometri (? = 1.0), dan kaya bahan api (? = 1.1 dan 1.2). Hasil kajian menunjukkan bahawa bahan api biodiesel berasaskan minyak bunga matahari terbakar pada suhu yang lebih rendah. Ini menghasilkan tenaga terma bahan api dan kecekapan terma pembakar yang lebih rendah dari diesel. Selain itu, emisi yang dihasilkan adalah lebih rendah (kecuali NOx) berbanding dengan diesel untuk semua nisbah kesetaraan. Hasilnya juga menunjukkan bahawa penggunaan biodiesel adalah berguna untuk aplikasi moden yang berbeza, khususnya di sektor industri kerana ia lebih mesra alam dan boleh dijadikan sebagai pilihan alternatif kepada bahan api petroleum.
The current study investigated the combustion performance of sunflower oil-based biodiesel fuel blends with diesel at the ratio of B10 (10% biodiesel, 90% diesel), B15 (15% biodiesel, 85% diesel), B25 (25% biodiesel, 75% diesel) and B50 (50% biodiesel, 50% diesel). The combustion performance of this fuel is evaluated based on the value of the combustion chamber wall temperature, the thermal efficiency of the burner as well as the concentration of emission gases released such as nitrogen oxides (NOx), sulfur dioxide (SO?), and carbon monoxide (CO). Sunflower oil-based biodiesel blend fuel was measured and compared to diesel. All fuels tested were burned using a combustion chamber with one of its ends open, at five different equivalence ratios, namely, fuel-lean condition (? = 0.8 and 0.9), stoichiometry (? = 1.0), and fuel-rich (? = 1.1 and 1.2). The results show that sunflower oil-based biodiesel fuels burn at lower temperatures. This results in lower fuel thermal energy, and thus, lower thermal efficiency of the burner compared to diesel. Moreover, the emissions produced are lower (except for NOx) compared to diesel for all equivalence ratios. The results also show that the use of biodiesel is useful for different modern applications, especially in the industrial sector as it is more environmentally friendly and can be used as an alternative to petroleum fuels.